Perjalanan menuntut ilmu Ahmad_ibn_Hanbal

Bapanya meninggal sewaktu beliau masih kecil. Beliau hidup bersama ibunya. Sebahagian ahli sejarah menceritakan bahawa ibunya menyuruhnya menghafaz Al Quran dan beliau telah menghafaznya sewaktu berusia 10 tahun. Setiap hari ibunya akan membangunkannya di awal pagi persiapkannya serta membawanya bersolat subuh di masjid yang kedudukannya jauh dalam keadaan cuaca yang sejuk.

Ketika Imam Ahmad berusia 15 tahun beliau mula menuntut ilmu hadith di Baghdad, Kufah, Mekah dan Madinah. Tiba di madinah beliau tidak sempat bertemu dengan Imam Malik yang meninggal pada tahun 179 Hijrah. Imam Ahmad keluar menuntut ilmu dalam keadaan miskin. Ibunya berkata, "Aku serahkan dikau kepada Allah swt yang mana Allah, jika kita serahkan barang pada-Nya nescaya tidak akan hilang. Pergilah mengaji hadith". Ibunya mengikatkan gandum, garam dan lain-lainnya sebagai bekalannya. Banyak negeri beliau mengembara ke Kufah, Basrah, Madinah, Mekah. Antara riwayat yang menceritakan kisahnya, beliau berkata'" Daku telah tersesat sewaktu dalam kembaraan ku dengan berjalan kaki ke Madinah sebanyak tiga kali. Setiap kali daku tersesat daku beristighfar kepada Allah serta berdoa; Aku menyebut " يا دليل الحائرين دُلّني "Wahai Yang menunjukkan jalan kepada orang-orang yang kehairanan... tolonglah tunjukkan daku". Kata Imam Ahmad, "kadang-kadang belum sempat selesai daku memohon, Tuhan telah tunjukkan jalan kepada ku."

Imam Ahmad minat utamanya adalah mendapatkan pengetahuan berkaitan dengan hadith dan mengembara dengan meluas ke Iraq, Syria, dan Semenanjung Arab mendalami ilmu agama dan mengumpul sunnah Muhammad

Ahmad bin Hanbal menuntut di Baghdad dan kemudiannya mengembara untuk meluaskan pengetahuan dan ilmunya. Beliau amat tertarik dengan pengajian Hadis dan mengembara ke seluruh pelosok Iraq, Syria, dan Semenanjung Arab mempelajari agama mengumpulkan hadis Rasulullah Fail:Mohamed peace be upon him.svg.